KUALA LUMPUR: Seramai 79,483 wanita di seluruh negara telah menerima manfaat menerusi Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) pada tahun lepas dengan 20,793 atau 21.2 peratus daripadanya merupakan penduduk luar bandar.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noraini Ahmad berkata daripada jumlah itu seramai 8,789 wanita merupakan penduduk Sabah dengan 46.5 peratus daripadanya adalah wanita luar bandar.
"WCaRe memayungi program saringan kanser servik dan program subsidi ujian mamogram yang bertujuan meningkatkan kesedaran golongan wanita mengenai kepentingan saringan kanser servik dan kanser payudara sekali gus meningkatkan jumlah wanita yang tampil untuk menjalani saringan ini," katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Negara bagi menjawab soalan Senator Datuk Noraini Idris berhubung keberkesanan kempen WCaRe dalam menyedarkan golongan wanita untuk menjalani ujian awal penyakit berkenaan, khususnya wanita luar bandar di Sabah.
Sementara itu, beliau berkata sepanjang pelaksanaan WCaRe bermula 2019 hingga Dis 2023, seramai 6,021 wanita di Sabah telah mendapat manfaat menerusi semua program bantuan yang telah dijalankan melalui pelbagai kolaborasi dengan agensi lain.
Noraini berkata ketika ini WCaRe dilaksanakan di 50 klinik Nur Sejahtera yang berdaftar dan 15 Pusat Keluarga Bergerak di seluruh negara, dengan 57,000 wanita seluruh negara disasar menerima manfaat menerusi kempen itu, tahun ini.
Beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan terus berusaha meningkatkan bilangan penerima dalam kalangan penduduk luar bandar dengan memperbanyakkan program bantuan dan menyediakan insentif pengangkutan ke 50 panel pusat mamogram di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Noraini berkata sepanjang pelaksanaan WCaRe bermula 2019 hingga Dis 2023, seramai 6,021 wanita di Sabah telah mendapat manfaat menerusi semua program bantuan. - Gambar fail/Bernama
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
79,483 wanita terima manfaat program WCaRe
Seramai 79,483 wanita di seluruh negara telah menerima manfaat menerusi Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) pada tahun lepas.
Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® bina keyakinan wanita
Bukan hanya memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada peserta tetapi memperkasakan golongan wanita melalui pembinaan keyakinan diri.
Lebih 340 juta wanita terus dibelenggu kemiskinan menjelang 2030 jika trend berterusan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa lebih 340 juta wanita dan kanak-kanak perempuan terus dibelenggu kemiskinan tegar menjelang 2030 jika trend semasa berterusan.
[KOLUMNIS] Teruskan memperkasa wanita Malaysia pasca 66 tahun merdeka
Peranan wanita amat penting dalam pembentukan masyarakat Madani demi melahirkan masyarakat yang lebih mampan dan makmur.
Wanita digesa bina jenama peribadi untuk berjaya - Timbalan Menteri
Wanita perlu mencipta jenama peribadi yang kukuh untuk membolehkan mereka mengetengahkan kepakaran, lantang bersuara selain memperkukuh diri sebagai pemimpin dalam bidang masing-masing.
Kerajaan digesa segerakan pembentangan RUU gangguan seksual
Beberapa Ahli Parlimen menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang mengenai gangguan seksual di Dewan Rakyat dengan kadar segera bagi melindungi golongan wanita di negara ini.
Sabah Memilih: SAWO mahu lebih ramai calon wanita diketengah pada PRN Sabah
Parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti perlu menilai kepentingan meletakkan wanita sebagai calon mereka.
Bajet 2018 utamakan faktor pemerkasaan wanita - Fahariyah
Bajet 2018 memberi signal jelas golongan wanita muda tidak dilupakan apabila banyak faktor pemerkasaan kaum itu yang diberi perhatian.
Wujudkan dana khas bantu wanita lonjak taraf hidup - Rohani Karim
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencadangkan kerajaan supaya mewujudkan dana khas dalam Bajet 2015 bagi membantu golongan wanita